Saturday, September 28, 2013

Sakit Penghapus Dosa

assalamualaikum ...

Haa cuba teka hari ni Eiyra nak cerita pasal apa ??? Haa berputar-putar otak berfikir, hehehe .. Tak mengapa biar Eiyra bagitahu tajuknya. Sebenarnya hari ini Eiyra nak berkongsi ilmu berkenaan dengan agama. Pasti ramai yang sedia maklum bahawa sakit dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Mari kita renungkan kata-kata yang sarat dengan makna yang sangat mendalam. Apabila seorang hamba Allah SWT jatuh sakit, maka Allah SWT mengutuskan 4 malaikat kepadanya :


Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.


Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.


Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH (pucat).


Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.


Apabila telah sampai waktu yang telah Allah SWT tetapkan untuk hambaNYA kembali sihat, Allah SWT akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah SWT tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNYA tersebut.


Subahanallah, betapa mulia dan baik hatinya Allah SWT terhadap kita hambaNYA. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah SWT ketika kita sakit, bersyukur dan ucaplah Alhamdulilah keatasNYA. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.Ya Allah betapa bersyukurnya diri kita dilahirkan sebagai orang Islam. Agama Islam sangat mudah jangan anggap dan jadikan Islam sebagai agama yang susah dan membebankan.I LOVE ISLAM... ISLAM IN MY HEART EVER AND FOREVER.....

Wassalam ,, salam sayang ISLAM ..

 


Wednesday, September 25, 2013

Darah oh Darah !

assalamualaikum...

Hari ini Eira nak cerita mengenai darah. Banyak kemalangan berlaku yang meragut nyawa dan semestinya berlaku pertumpahan darah. Darah oh darah. Hummph sebenarnya ada juga yang takut atau fobia pada darah.Tapi pada hari ini Eira nak bongkar rahsia watak di sebalik jenis darah yang ada 4 jenis itu. Darah jenis A,B,O dan AB. Haa mesti ramai yang pelikkan ada ke watak di sebalik jenis darah. Apa-apa pun jom kita tengok sifat-sifatnya.

~ jenis darah A 
- memiliki kepala dingin
- bersabar
- x bnyk bicara
- seorg yg serius
- tegas dan mudah dipercayai
- bersifat matang

~ jenis darah B
- seorang yg liar
- aktif dan suka bergerak
- seorang ceria
- kuat ego dan arrogant
- susah diberi tanggungjawab
- tdk boleh buat 2 kerja dalam 1 masa
- tertarik dalam bnyk hal
- tdk suka bergaul dgn ramai org
- memiliki otak yg cerdas

~ jenis darah O
- seorang dermawan dan murah hati
- mudah terpengaruh dengan apa yg dilihatnya
- melaksanakan sesuatu dgn tenang
- menyimpan sesuatu perkara yg org lain tdk tahu
- kuat dan penuh percaya kepada diri

~ jenis darah AB
- mudah dipercayai
- mmpunyai tanggungjawab yg tinggi
- suka kepada seni
-seorang yg cerdas namun hidup dengan aturan yg mreka inginkan
- pemalu

Haa sejauh mana kebenarannya tepuk dada tanya selera masing-masing. Eira darah jenis O. Hahaha. Jadikan watak-watak di atas sebagai panduan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..... 



Wassalam ...


Friday, September 20, 2013

Potong Kuku Sunnah Nabi

assalamualaikum...

Hari ini ,, Eiyra nak cerita mengenai salah satu sunnah Nabi. SebenaOptionsrnya secara tidak langsung kita dah laksanakan sunnah Nabi tetapi persoalannya ikut atau langgar. Haa jom singkap rahsia di sebalik sunnah yang satu ini.


RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada
  •  Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  • Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
  • Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
  • Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Gambar di bawah ini adalah cara memotong kuku mengikut sunnah Nabi.

                                 Eiyra harap lepas ini laksanakan sunnah yang mudah ini. Insyallah kita bersama ingatkan diri. Alhamdulilah ini lah ilmu yang Eiyra nak kongsikan ....Bertemu lagi ..

Wassalam ....                             

Thursday, September 19, 2013

Salam Perkenalan

assalamualaikum ...

:-) salam perkenalan,, saya Nur Syaherah binti  Md Ahad .. untuk permulaan dan pengalaman pertama menggunakan blog ini, saya hendak memperkenalkan diri saya. Dalam blod ini saya akan membahasakan diri saya dengan panggilan eiyrah.. hehehe ,, First of all, saya anak kelahiran jati Johor. I'm Johorian girl :-D. Eira baru je 19 tahun 25 November hari tu.. Eira tinggal kat Ladang Nenas, Simpang Renggm, Kluang, Johor..umm nak cakap pasal diri lah ,, hehehe ,, Eira ni seorang yang gila2 sebenarnya tapi untuk permulaan Eira akan jadi pendiam sangat ,, hehe dah lama2 baru tunjuk taring ,, Eira sangat simple orangnya ,, orang cakap Eira kuno pun Eira terima sebab ini diri Eira yang sebenar....Nama mak Eira Saripah binti Abu dan ayah Eira Md Ahad bin Md Nor.. Eira ni ada 5 orang adik beradik, semuanya perempuan.. hahaha kaya mak ayah Eira kan ( hehe just joking).. Eira dulu sekolah kat SK Sungai Linau lepas tu upgrade kat SDARA (haaa sekolah anak dara ke) hehe tidak ini sekolah harian biasa, ada pelajar Cina,Melayu dan India (kami kan 1 Malaysia) hahaha nama sebenar SMK Dato' Abdul Rahman Andak.. lepas SPM Eira masuk matrikulasi (KMNS) and sekarang Eira kat UKM ,, alhamdulilah ALLAH bagi rezeki,keupayaan dan nafas untuk belajar kat sini ,, syukur sangat2 .. rasanya setakat itu sahaja pengenalan diri ...bertemu lagi ,, insyallah ....  Wassalam ...