Saturday, September 28, 2013

Sakit Penghapus Dosa

assalamualaikum ...

Haa cuba teka hari ni Eiyra nak cerita pasal apa ??? Haa berputar-putar otak berfikir, hehehe .. Tak mengapa biar Eiyra bagitahu tajuknya. Sebenarnya hari ini Eiyra nak berkongsi ilmu berkenaan dengan agama. Pasti ramai yang sedia maklum bahawa sakit dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Mari kita renungkan kata-kata yang sarat dengan makna yang sangat mendalam. Apabila seorang hamba Allah SWT jatuh sakit, maka Allah SWT mengutuskan 4 malaikat kepadanya :


Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.


Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.


Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH (pucat).


Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.


Apabila telah sampai waktu yang telah Allah SWT tetapkan untuk hambaNYA kembali sihat, Allah SWT akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah SWT tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNYA tersebut.


Subahanallah, betapa mulia dan baik hatinya Allah SWT terhadap kita hambaNYA. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah SWT ketika kita sakit, bersyukur dan ucaplah Alhamdulilah keatasNYA. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.Ya Allah betapa bersyukurnya diri kita dilahirkan sebagai orang Islam. Agama Islam sangat mudah jangan anggap dan jadikan Islam sebagai agama yang susah dan membebankan.I LOVE ISLAM... ISLAM IN MY HEART EVER AND FOREVER.....

Wassalam ,, salam sayang ISLAM ..

 


No comments:

Post a Comment