Wednesday, December 18, 2013

Sikat Rambut

Assalamualaikum ...


Selama ini, pernahkah semua terfikir cara untuk menyikat rambut yang berbeza akan memberikan kesan yang berlainan? Mesti tak pernah terfikirkan? Selama ini tak pernah kita mengambil berat sekalipun soal cara menyikat rambut. Selalunya kita main sikat sahaja. Kadang-kadang sikat sambil duduk dan kekadang sikat sambil berdiri, betul tak? Haa betul lah tu ....



Tetapi tahukah kita apakah kesan sikat rambut sambil berdiri atau sambil duduk?
  • Sekiranya kita menyikat rambut sambil duduk, ia bakal menguatkan otot jantung.
SEBALIKNYA

  • Sekiranya jika kita menyikat rambut secara berdiri, ia akan melemahkan jantung.

Di samping itu, sekiranya kita mneggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau silver ataupun sekadar bersadurkan perak, hukumnya adalah MAKRUH.

Seperkara lagi, Nabi Muhamad SAW juga melarang kita menyikat rambut di dalam bilik air atau bilik mandi.Tetapi kenapa ye? Ini kerana ia hanya akan melemahkan umbi rambut.

Wallahu a'lam.. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.

Wassalam ...


Tuesday, December 17, 2013

Bunga Terindah Di Dunia


Assalamualaikum ...

Bunga Tasbih merupakan bunga yang banyak di temui di daerah tropis salah satunya adalah Indonesia. Tanaman bunga ini awalnya adalah tanaman yang tumbuh di daerah pergunungan dan tidakdi jadikan tanaman hias.Namun kerana keindahannya, tanaman ini banyak di ambil orang dan dibawa untuk di budidaya di rumah dan di jadikan sebagai tanaman hias. Siapa yang tidak kenal dengan keindahan bunga ini kerana indah dan bermaknanya bunga ini banyak dijadikan sebagai nama anak gadis di Indonesia. Selain itu, bunga ini memang banyak digunakan sebagai ungkapan dan berbagai kata mutiara yang sangatindah untuk memberikan nilai romantis dan rayuan.

Sesuai namanya bunga Blue Bells memang menyerupai lonceng atau bell sebelum mekar secara sempurnanya. Bunga ini memeng jarang ditemukan di Asia kerana banyak tumbuh di daerah Eropah seperti Belanda, Yunani dan Belgia.
Jika sering menonton filem kartun dan dongeng peri, mungkin anda dapat melihat pemandangan taman bunga yang besar. Memang bunga Blue Bells ini diumpamakan dalam berbagai cerita dongeng dan dipercayai menjadi tempat tinggal para peri dalam dongeng tersebut. Bunga ini berwarna biru tua yang sangat menarik dan sangat indah.


Bunga ini merupakan salah satu bunga tercantik di dunia yang memiliki perpaduan warna merah dan hitam di tengahnya. Bunga ini banyak di temukan di negara Asia. Bunga ini banyak memiliki berbagai perpaduan warna yang menarik seperti merah muda dan beberapa jenis putih.
Bunga ini sering dijadikan sebagai dan telah di kenal sejak abad ke 19. Bintik hitam di tengah bunga ini di padukan dengan sedikit kelopak hijau yang menyerupai serangga. Bunga ini pada dasarnya hampir sama dengan bunga Rose yang memiliki kelopak, hanya kelopak bunga ini lebih sedikit jiak dibandingkan dengan kelopak bunga mawar malah ketebalannya juga berbeza.

Wassalam ...





Sunday, December 15, 2013

Kecantikan Lelaki dan Perempuan Yang Sebenar

Assalamualaikum ...

Kecantikan lelaki dan perempuan bukan di pandang pada luaran fizikal sahaja tetapi sebaliknya kecantikan lelaki dan perempuan yang sebenar dapat di ungkapkan melalui beberapa aspek.

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :
  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
  2. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
  3. Lelaki yang tenang dan lapang dada.
  4. Lelaki yang baik sangka.
  5. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa 
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :

  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
  3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW : ''Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun.''
 Wassalam ...




Saturday, December 14, 2013

Perbuatan Yang Derhaka Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum ...


Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
''Bahawasanya Allah SWT mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah SWT tidak menyukai kata-kata yang sia-sia serta membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.'' - Riwayat Bukhari.

Jadi disini, Eiyra ingin menyenaraikan perbuatan atau perkara yang dikategorikan sebagai derhaka agar kita tidak melakukan perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan ini.

Perbuatan derhaka adalah seperti berikut :
  1. anak-anak yang lupa daratan
  2. anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka
  3. anak-anak yang ingkar terhadap ibu bapanya
  4. mementingkan diri sendiri 
  5. mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar
  6. anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka
  7. tidak melayani ibu bapa dan berpaling darinya
  8. tidak memberi nafkah kepada orang tua apabila mereka memerlukannya
  9. mengumpat kedua orang tuanya di depan orang ramai dan menyebut-nyebut kekurangannya
  10. menghina ibu bapa
  11. menolak dirinya sebagai keturunan dari orang tuanya
  12. mengambil harta ibu bapa tanpa hak
  13. memaki hamun ibu bapa
  14. tidak mendoakan ibu bapa ketika solat
  15. melawan perintah ibu bapa
Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak-tanduk dan tingkah laku kita untuk menjaga hati kedua ibu bapa kita. Anak yang menderhakai ibu bapanya akan ditolak segala amalannya selagi anak itu tidak meminta ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka. Anak-anak yang derhaka akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah SWT dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Semoga bermanfaat.
Wassalam ...




Friday, December 6, 2013

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Assalamualaikum ...

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


Wassalam ...

Thursday, December 5, 2013

Tanda-tanda Hari Kiamat Menurut Al-Quran

Assalamualaikum ...

Dewasa ini seperti yang diketahui umum semakin banyak tanda-tanda kiamat yang sudah berlaku di dunia ini. Tanda-tanda kecil kiamat seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, misalnya, banyak peperangan berlaku dan ramai ahli ilmuan yang telah meninggal dunia menandakan dunia ini sudah sampai ke akhir zaman. Seperti mana yang kita lihat, banyak perkara-perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran mengenai hari pembalasan yang berlaku di seluruh dunia ini.

Tanda-tanda Hari Kiamat Menurut Al-Quran :
  • Sembahyang lima waktu diringan-ringankan.
  • Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
  • Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  • Perkara benat disalahkan sehingga susah untuk membezakan antara perkara yang halal dengan yang haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
  • Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
  • Membayar zakat seperti harta, perniagaan dan pendapatan dianggap sebagai beban.
  • Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  • Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  • Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan dengan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
  • Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  • Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibu bapa di mana ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan.
  • Kawan baik di layan kasar manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  • Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan sembahyang serta mendedahkan aurat dan berjudi.
  • Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  • Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan pura-pura. Ketika sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah SWT tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.
  • Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong manakala yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin pula pergi dengan tujuan meminta sedekah.

Subahanallah manusia akhir zaman, semoga kita semua sedar akan kesalahan dan dosa masing-masing serta berubah lah sementara Allah SWT masih mengizinkan. Tiada istilah ''sudah terlambat'' sabaliknya berusaha seterusnya berserah kepada Allah SWT. Peringatan ini bukan untuk diri Eiyra sendiri tetapi juga untuk snatapan rohani para muslim dam muslimat yang beragama sekalian. Semoga semua umat Islam mengambil iktibar akan kejadian yang telah berlaku dan akan berlaku nanti. Ingatlah bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun. Jom kembali kepadaNya.
Insyallah, Amin. Wassalam  ...



Friday, November 29, 2013

10 Air Terjun Paling Tinggi di Dunia

Assalamualaikum ...
Hari ini Eiyra akan cuci mata kita semua dengan melihat keindahan alam semulajadi yang sangat indah dan mendamaikan pandangan mata. Air terjun yang dipenuhi dengan pemandangan yang sangat menakjubkan.
Air terjun merupakan antara bentuk fizikal di kawasan profil sungai. Ianya dikategorikan sebagai kawasan 'muda', berlakunya hakisan yang kuat serta aliran air yang deras.Air terjun merupakan antara aset penting bagi industri pelancongan domestik dan antarabangsa. Jom kita kenali 10 air terjun paling tinggi di dunia, malah ada di nataranya menjana ekonomi berasakan pelancongan bagi negara berkenaan.
  • No 10 Air Terjun Niagara (USA-Kanada) - 55 meter
Salah satu air terjun yang terkenal di seluruh dunia dan menjadi salah satu daya tarikan pelancongan di Kanada dan USA. Ini merupakan ikon pelancongan serta ilham rakyat USA dan Kanada di sana. Air terjun berasal dari Sungai Niagara.
  • No 9 Air Terjun Victoria (Zambia- Zimbabwe )- 108 meter
Sungai Zambezi terletak di selatan benua Afrika. Ini merupakan antara air terjun yang terkenal di dunia.

  • No 8 Air Terjun Fairy (USA) - 213 meter


  •  No 7 Air Terjun Jog ( India ) - 253 meter

Ini merupakan air terjun paling tertinggi di benua India.
  • No 6 Air Terjun Vettisfoss ( Norway ) - 274 meter

  • No 5 Air Terjun Gavarnie (Perancis ) - 422 meter


  •  No 4 Air Terjun Ribbon (USA )- 491 meter


  •  No 3 Air Terjun Sutherland ( New Zealand ) - 580 Meter

  • No 2 Air Terjun Giessbach ( Switzerland ) - 604 meter


  •  No 1 Air Terjun Angel ( Venezuala ) - 979 meter
inilah air terjun paling tinggi di dunia yang terletak di Taman Negara cainama Venezuala yang juga merupakan sebagai salah satu air terjun yang menjadi warisan dinua oleh UNESCO.

Hiasi mata dengan melihat keindahan ciptaan Allah SWT yang sangat indah.
Wassalam ...