Thursday, December 5, 2013

Tanda-tanda Hari Kiamat Menurut Al-Quran

Assalamualaikum ...

Dewasa ini seperti yang diketahui umum semakin banyak tanda-tanda kiamat yang sudah berlaku di dunia ini. Tanda-tanda kecil kiamat seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, misalnya, banyak peperangan berlaku dan ramai ahli ilmuan yang telah meninggal dunia menandakan dunia ini sudah sampai ke akhir zaman. Seperti mana yang kita lihat, banyak perkara-perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran mengenai hari pembalasan yang berlaku di seluruh dunia ini.

Tanda-tanda Hari Kiamat Menurut Al-Quran :
  • Sembahyang lima waktu diringan-ringankan.
  • Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
  • Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  • Perkara benat disalahkan sehingga susah untuk membezakan antara perkara yang halal dengan yang haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
  • Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
  • Membayar zakat seperti harta, perniagaan dan pendapatan dianggap sebagai beban.
  • Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  • Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  • Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan dengan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
  • Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  • Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibu bapa di mana ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan.
  • Kawan baik di layan kasar manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  • Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan sembahyang serta mendedahkan aurat dan berjudi.
  • Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  • Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan pura-pura. Ketika sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah SWT tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.
  • Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong manakala yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin pula pergi dengan tujuan meminta sedekah.

Subahanallah manusia akhir zaman, semoga kita semua sedar akan kesalahan dan dosa masing-masing serta berubah lah sementara Allah SWT masih mengizinkan. Tiada istilah ''sudah terlambat'' sabaliknya berusaha seterusnya berserah kepada Allah SWT. Peringatan ini bukan untuk diri Eiyra sendiri tetapi juga untuk snatapan rohani para muslim dam muslimat yang beragama sekalian. Semoga semua umat Islam mengambil iktibar akan kejadian yang telah berlaku dan akan berlaku nanti. Ingatlah bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun. Jom kembali kepadaNya.
Insyallah, Amin. Wassalam  ...



No comments:

Post a Comment