Saturday, December 14, 2013

Perbuatan Yang Derhaka Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum ...


Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
''Bahawasanya Allah SWT mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah SWT tidak menyukai kata-kata yang sia-sia serta membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.'' - Riwayat Bukhari.

Jadi disini, Eiyra ingin menyenaraikan perbuatan atau perkara yang dikategorikan sebagai derhaka agar kita tidak melakukan perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan ini.

Perbuatan derhaka adalah seperti berikut :
  1. anak-anak yang lupa daratan
  2. anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka
  3. anak-anak yang ingkar terhadap ibu bapanya
  4. mementingkan diri sendiri 
  5. mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar
  6. anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka
  7. tidak melayani ibu bapa dan berpaling darinya
  8. tidak memberi nafkah kepada orang tua apabila mereka memerlukannya
  9. mengumpat kedua orang tuanya di depan orang ramai dan menyebut-nyebut kekurangannya
  10. menghina ibu bapa
  11. menolak dirinya sebagai keturunan dari orang tuanya
  12. mengambil harta ibu bapa tanpa hak
  13. memaki hamun ibu bapa
  14. tidak mendoakan ibu bapa ketika solat
  15. melawan perintah ibu bapa
Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak-tanduk dan tingkah laku kita untuk menjaga hati kedua ibu bapa kita. Anak yang menderhakai ibu bapanya akan ditolak segala amalannya selagi anak itu tidak meminta ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka. Anak-anak yang derhaka akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah SWT dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Semoga bermanfaat.
Wassalam ...




No comments:

Post a Comment