Tuesday, October 29, 2013

Minum Dapat 50 Pahala

Assalamualaikum ...


Macam pelik je dengar minum air dapat 50 pahala. Macam x percaya je kan. Tetapi itulah hakikat hukum Allah SWT yang telah ditetapkan. Betapa beruntungnya hamba Allah SWT ini. Persoalannya bagaimana cara untuk mendapatkan 50 pahala tersebut? Jom Eiyra kongsikan caranya di bawah ini.





Cara untuk mendapat 50 pahala tersebut adalah:

  1. Dimulakan dengan membaca Bismillah.
  2. Minum dengan menggunakan tangan kanan.
  3. Minum secara duduk bukan berdiri.
  4. Minum dengan kadar 3 tegukan.
  5. Mengucap Alhamdulilah setelah selesai minum.

5 pahala di atas tadi perlu dikalikan dengan setiap perbuatan kebajikan yang Allah SWT bonuskan 10 pahala, maka hasilnya bernilai 50 pahala.

Mudahkan tetapi perkara yang mudah ini kita sukar untuk melaksanakannya. Semoga selepas ini ilu tersenut dapat dimanfaatkan. Insyallah.
Wassalam ...



Saturday, October 26, 2013

5 Bentuk Pulau Yang Paling Menakjubkan di Dunia

Assalamualaikum ...

Sebelum ini Eiyra asyik bercerita dan kawan-kawan perlu membaca jadi kali ini Eiyra nak cuci mata kita semua dengan anugerah ciptaan Allah SWT yang sangat menakjubkan.

Memang tidak terbilang jumlah pulau di dunia ini yang mempunyai banyak keindahan apabila kita melihatnya dari atas tanah. Namun pernahkah kita melihatnya dari pandangan atas pulau-pulau tersebut yang mempunyai bentuk sangat menawat hati ini.

Berikut terdapat 5 buah pulau yang mempunyai bentuk menakjubkan apabila kita melihat dari pandangan atas:

  • Pulau berbentuk Lumba-lumba





  •  Pulau berbentuk Bumerang





  • Pulau berbentuk Mata





  • Pulau berbentuk Kuda Laut 




  • Pulau berbentuk Ikan Pari



Subahanallah, Wassalam ...


Tuesday, October 22, 2013

Khasiat Kuaci kepada Wanita

Assalamualaikum ...





Ramai yang menganggap terlalu banyak makan kuaci boleh menyebabkan penyakit tetapi kajian telah dibuat sebaliknya terdapat banyak khasiat yang boleh didapati daripada kuaci yang kecil molek itu.


Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit umtuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasiat vitamin E.

Kuaci itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik (lepas ni pasti ramai wanita yang makan kuaci ,, hehehe). Selian daripada itu vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting.

Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh. Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.

Vitamin E ini juga dapat mengurangkan gejala penyakit Athma atau lelah, osteoarthritis dan rematik.

Selain itu ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopous serta mengurangkan komplikasi penyakit diabetes. Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah. Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Wassalam ...

Saturday, October 19, 2013

Stress Belajar Saat Akhir

assalamualaikum ...



Cuba perhatikan gambar ini dan tengok diri sendiri. Adakah sama bila menjelang minggu peperiksaan?
Tepuk dada tanya selera ....

Tidak ada salahnya kita belajar pada saat akhir tetapi perlu dilakukan dengan kaedah yang betul kerana belajar saat akhir ini ada kebaikan dan keburukannya. Eiyra pun suka belajar saat akhir ni sebab kadang-kadang rasa lebih berkesan tapi kadang-kadang menyesal belajar saat akhir. Kali ini Eiyra akan kongsikan tips belajar saat akhir atau ramai yang kata belajar ''last minute''.

Bertenang dan jangan cemas
  • Jangan terlalu cemas kerana tidak ada faedahnya jika berasa begitu sebaiknya carilah ruang untuk memberi ketengan kepada diri. Belajar disaat akhir ini memerlukan strategi yang betul dan berkesan. Ini kerana masa yang ada adalah terhad. Selepas bertenang buatlah penilaian apa tindakan yang perlu diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan diambil dan disiplinkan diri mengikut perancangan yang dibuat. 
Masa rehat perlu secukupnya
  • Semasa belajar diri berasa cepat letih sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Oleh itu, ambil masa untuk merehatkan otak sepenuhnya. Digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah menyambung semula pembelajaran tadi.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
  • Dalam keadaan yang genting ini, kita hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja mustahil kita dapat mengulangkaji sepenuhnya. Elakkan daripada memberi tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari perkara yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan yang dapat membantu menumpukan pada bahagian yang patut dipelajari terlabih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekurang-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang dipilih.
Yakin terhadap kebolehan diri
  • Selalu sematkan dalam diri bahawa ''saya boleh'' dan tulis besar-besar dan terang serta letakkan di hadapan tempat belajar. Setiap kali melihatnya, diri kita akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk berjaya. Maka secara tak langsung diri akan berusaha bersungguh-sungguh sedaya upaya untuk mencapai kejayaan dan mental juga dapat berfikir ke arah kejayaan serta cita-cita yang diimpikan selama ini agar ianya membuahkan hasil yang membanggakan.
Itulah antara tips yang Eiyra dapat kongsikan.
Semoga kita semua beroleh kejayaan yang diimpikan seterusnya dapat membanggakan kedua ibu bapa kita.
Semoga bermanfaat kepada diri masing-masing.
Berusaha itu pasti.
Wassalam ...

Tuesday, October 15, 2013

Fakta Menarik Tentang Bayi

assalamualaikum ...

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti menginginkan zuriat. Dengan izin Allah SWT pasangan tersebut akan memiliki zuriat. Kenapa tetiba Eiyra cerita pasal zuriat ni. Haa sebenarnya Eiyra nak cerita fakta yang menakjubkan mengenai bayi yang comel itu.
Antara faktanya ialah :
  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenarnya tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  • Bayi mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 tulang dan bayi pula mempunyai 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Bayi boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur-ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Bayi boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
  •  Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Bayi tidak boleh membezakan rasa seperti manis, masam atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi yang baru dilahirkan berdenyut diantara 120 hingga 160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60 hingga 80 seminit.
Sungguh bertuah menjadi bayi ni tetapi manusia mempunyai peringkat jangka hayat yang perlu dilalui. Jadi mustahillah kita hidup selamanya menjadi bayi.
Wassalam ...
  


Wednesday, October 9, 2013

Rahsia Tapak Tangan

assalamualaikum ...

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan masing-masing dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti gambar di atas. Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Bagi sesiapa yang minat bab tilik menilik ni bolehlah menilik sekarang..hehehe

  1. Garis Kehidupan : Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.
  2. Garis Kecergasan : Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan berupaya untuk belajar dengan lebih gigih. Setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.
  3. Garis Hati/Cinta : Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan. Sekiranya mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa seseorang itu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta sahaja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukan seseorang itu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara yang mempunyai garis putus-putus ini 'curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang dalam masa yang sama.
  4. Garis Kejayaan : Cuba perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempunyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan seseorang itu bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa jua yang diceburi nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan itu.
  5. Garisan Matahari (sun line) : Bukan semua orang mempunyai garis ini yang kelihatan begitu jelas dan nyata. Sekiranya seseorang itu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan seseorang itu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa seseorang itu mudah mendapat kejayaan.
  6. Garisan Kesihatan : Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang jelas kelihatan, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik dan begitu juga sebaliknya. 
  7. Garisan Perkahwinan : Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, ia diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya.
  8. Garisan Bilangan Anak : Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang diinginkan? Tidakkah perlu mengetahuinya? Apa yang perlu dilakukan ialah mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang dimiliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak nanti. Misalnya mendapati terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak nanti ialah empat orang.
  9. Garisan Perjalanan : Adakah seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya seseorang itu mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan nombor 9. Tidak hairanlah sekiranya suka hidup berpindah-randah dam mudah bosan dengan sesuatu tempat.
  10.  Garisan Kewangan : Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang dilakukan itu.
  11. Garisan Pergelangan Tangan : Cuba perhatikan pada pergelangan tangan di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat seseorang. Kira sahaja berapa gelang yang ada dan ramalkan jumlah hayat sendiri. TETAPI AWAS! Jangan terlalu percaya sangat kerana ajal dan maut di tangan Tuhan.
Bila jari dirapatkan?
Apa yang dapat dilihat apabila kesemua jari dirapatkan antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian cuba perhatikan di anrata jari kelengkeng dan jari manis sewaktu dirapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari itu dengan mata dan tengok sama ada boleh melihat sebarang ruang diantaranya. Sekiranya dapat melihat cahaya antara keduanya itu bermaksud ia tidak rapat dan renggang. Ini bererti kamu adalah seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun ini bukan bererti seorang yang kedekut. Sebaliknya, sekiranya tiada ruang di antara kedua jari itu bila dirapatkan, ini bermakna seseorang itu kedekut dan pentingkan diri sendiri. Betul ke? hehehe .... kalau makan cili terasa pedasnya. Jangan marah.

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita. Walau bagaimanapun ini cuma ramalan sahaja dan jangan terlalu fanatik sangat untuk mempercayainya. Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan masing-masing dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas. Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi janganlah panik kerana bukan semua garisan yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan masing-masing dan yang pastinya bentuknya juga berbeza-beza. Malah, ada juga yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya.
Wassalam ...




Monday, October 7, 2013

Keajaiban Tomato

assalamualaikum ...

LUPAKAN sejenak produk kecantikan yang anda gunakan dan sekarang Eiyra nak ajak kawan-kawan kembali kepada cara menjaga kecantikan menggunakan kaedah klasik. Sesekali tidak salah kita bereksperimendengan bahan-bahan semulajadi untuk tujuan kecantikan diri sendiri. Pada kali ini, Eiyra akan kenalkan kepada kawan-kawan mengenai beberapa keajaiban buah tomato yang masam itu untuk digunakan dalam rejim kecantikan harian. Di bawah ini Eiyra akan kongsikan keajaiban berserta cara penggunaan buah tomato untuk keberkesanan bersama dalam menjaga kecantikan.
  • Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah.Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan ia selama 15 minit.

    Kemudian, bilas menggunakan air suam.
  • Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.
  • Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik gelap yang tidak dikehendaki itu.
  • Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semulajadi yang memberikan kilauan batural pada rambut.
  • Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.
  • Sapukan jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.
Wah seronoknya cara klasik ni. Terpelihara kulit wajah daripada bahan-bahan kimia. Jadi, fikirkanlah cara penjagaan kulit wajah kawan-kawan yang cantik mulus itu.
Wassalam ...


Friday, October 4, 2013

Banjir oh Banjir !

assalamualaikum ...

Hai kawan-kawan hari ini Eiyra nak berkongsi kesedihan yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Fenomena banjir tidak dapat disangkal lagi. Menjelang musim tengkujuh (monsun) sahaja fenomena ini pasti berlaku dengan keizinan Allah SWT, kita sebagai hambaNYA kena redha dengan dugaannya. Kecoh sana sini bercakap mengenai banjir tapi pernak tak kita nak menyingkap faktor disebalik kejadian ini. Jom ikut Eiyra kita terokai punca banjir ini.
Banjir berlaku apabila kawasan daratan yang biasanya kering dan berparas rendah ditenggelami dengan kandungan air yang berlebihan disebabkan oleh hujan yang lebat. Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini ialah :
Hujan lebat yang berterusan
  • Punca banjir yang paling biasa adalah hujan lebat yang berterusan. Hujan yang lebat boleh mengakibatkan paras air di dalam sungai, longkang dan sebagainya menaik ia juga boleh menyebabkan pembentukan lopak air di darat. Apabila hujan lebat tidak berhenti malah berterusan untuk tempoh masa yang panjang, paras air juga akan naik secara berterusan sehingga sungai, longkang dan sebagainya penuh sehingga berlimpahan. Ini akan menyebabkan air memenuhi ruang daratan dan berlakulah banjir.  
Kerosakan pada empangan air
  • Empangan air adalah suatu struktur yang biasanya dibina di sungai yang berdekatan dengan kawasan bandar atau kawasan perumahan. Fungsi utama empangan air adalah untuk menghalang air sungai yang berlebihan melimpah ke dalam kawasan bandar dan perumahan. Ini boleh dilakukan kerana empangan air adalah seakan sebuah benteng atau dinding yang tinggi yang menyekat saluran air di sungai. Apabila empangan air rosak, air yang sepatutnya disekat akan melimpah melalui benteng ke kawasan bandar dan perumahan dan ini boleh menyebabkan banjir berlaku.
Hakisan tebing sungai
  • Hakisan tanah adalah fenomena yang mana tanah di kawasan tebing menjadi longgar dan jatuh dari tebing itu. Apabila hakisan tanah berlaku di tebing sungai, tanah yang dihakis akan jatuh daritebing sungai ke lantai sungai. Jika ini berlaku secara berterusan, paras lantai sungai akan menaik. Ini bermakna sungai itu akan mempunyai kurang ruang untuk mengandungi air dan oleh itu, limpahan air senang berlaku. Limpahan air yang berlaku di kawasan sungai yang mengalami hakisan boleh menyebabkan banjir.
Itulah antara punca-puncanya berlaku banjir. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan. Insyallah.
Wassalam ...




Wednesday, October 2, 2013

Fakta Orang Johor

assalamualaikum ...


Alhamdulilah sehingga ke hari ini kita masih diberi nafas dan waktu untuk menjadi penghuni Bumi ini. Bersyukur pada Tuhan Pencipta Alam. Hummph cerita apa agaknya yang Eiyra nak jadikan bahan kongsi ilmu hari ini. Tajuknya ialah fakta orang Johor. Haa macam pelik je macam seronok je. Hahaha jom kita baca faktanya mesti best hihihi Eiyra kan anak jati Johor...
  •  Orang Johor tidak mempunyai loghat tersendiri tapi dalam kebanyakkan ayat dalam pertuturan akan ditamatkan dengan perkataan ''ekk''.
  • Apabila bercakap mengenai Johor, ia merujuk kepada Johor Bahru iaitu ibu negeri Johor.
  • Perkataan Johor disebut dengan bunyi Joho.
  • Orang Johor selalu sebut ''sangap'' iaitu sama erti dengan menguap.
  • Orang Johor mencipta Mee Bandung dan mee ini tiada kaitan dengan Bandung, Indonesia mahupun air Bandung.
  • Orang Johor sebut almari dengan ''gerobok'' atau ''gobok'' begitu juga dengan selimut yang dipanggil ''gebor''.
  • Hanya orang Johor sahaja yang berendut (endut).
  • Kebanyakkan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan ''anu'' sebagai ganti perkataan buat. Tetapi ingat ''anu'' bukan perkataan lucah.
Itulah antara fakta orang Johor. Jika berkesempatan ke Johor apabila berkomunikasi jangan pula rasa pelik dengan bahasa kami orang-orang Johor ini. Mungkin loghat orang Johor mudah difahami tapi bahasa-bahasa yang pelik akan timbul semasa orang Johor bercakap.


 

 

HIDUP JOHOR ..
HIDUP JDT .. 







Wassalam ...