Friday, October 4, 2013

Banjir oh Banjir !

assalamualaikum ...

Hai kawan-kawan hari ini Eiyra nak berkongsi kesedihan yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Fenomena banjir tidak dapat disangkal lagi. Menjelang musim tengkujuh (monsun) sahaja fenomena ini pasti berlaku dengan keizinan Allah SWT, kita sebagai hambaNYA kena redha dengan dugaannya. Kecoh sana sini bercakap mengenai banjir tapi pernak tak kita nak menyingkap faktor disebalik kejadian ini. Jom ikut Eiyra kita terokai punca banjir ini.
Banjir berlaku apabila kawasan daratan yang biasanya kering dan berparas rendah ditenggelami dengan kandungan air yang berlebihan disebabkan oleh hujan yang lebat. Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini ialah :
Hujan lebat yang berterusan
  • Punca banjir yang paling biasa adalah hujan lebat yang berterusan. Hujan yang lebat boleh mengakibatkan paras air di dalam sungai, longkang dan sebagainya menaik ia juga boleh menyebabkan pembentukan lopak air di darat. Apabila hujan lebat tidak berhenti malah berterusan untuk tempoh masa yang panjang, paras air juga akan naik secara berterusan sehingga sungai, longkang dan sebagainya penuh sehingga berlimpahan. Ini akan menyebabkan air memenuhi ruang daratan dan berlakulah banjir.  
Kerosakan pada empangan air
  • Empangan air adalah suatu struktur yang biasanya dibina di sungai yang berdekatan dengan kawasan bandar atau kawasan perumahan. Fungsi utama empangan air adalah untuk menghalang air sungai yang berlebihan melimpah ke dalam kawasan bandar dan perumahan. Ini boleh dilakukan kerana empangan air adalah seakan sebuah benteng atau dinding yang tinggi yang menyekat saluran air di sungai. Apabila empangan air rosak, air yang sepatutnya disekat akan melimpah melalui benteng ke kawasan bandar dan perumahan dan ini boleh menyebabkan banjir berlaku.
Hakisan tebing sungai
  • Hakisan tanah adalah fenomena yang mana tanah di kawasan tebing menjadi longgar dan jatuh dari tebing itu. Apabila hakisan tanah berlaku di tebing sungai, tanah yang dihakis akan jatuh daritebing sungai ke lantai sungai. Jika ini berlaku secara berterusan, paras lantai sungai akan menaik. Ini bermakna sungai itu akan mempunyai kurang ruang untuk mengandungi air dan oleh itu, limpahan air senang berlaku. Limpahan air yang berlaku di kawasan sungai yang mengalami hakisan boleh menyebabkan banjir.
Itulah antara punca-puncanya berlaku banjir. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan. Insyallah.
Wassalam ...




No comments:

Post a Comment