Saturday, October 19, 2013

Stress Belajar Saat Akhir

assalamualaikum ...



Cuba perhatikan gambar ini dan tengok diri sendiri. Adakah sama bila menjelang minggu peperiksaan?
Tepuk dada tanya selera ....

Tidak ada salahnya kita belajar pada saat akhir tetapi perlu dilakukan dengan kaedah yang betul kerana belajar saat akhir ini ada kebaikan dan keburukannya. Eiyra pun suka belajar saat akhir ni sebab kadang-kadang rasa lebih berkesan tapi kadang-kadang menyesal belajar saat akhir. Kali ini Eiyra akan kongsikan tips belajar saat akhir atau ramai yang kata belajar ''last minute''.

Bertenang dan jangan cemas
  • Jangan terlalu cemas kerana tidak ada faedahnya jika berasa begitu sebaiknya carilah ruang untuk memberi ketengan kepada diri. Belajar disaat akhir ini memerlukan strategi yang betul dan berkesan. Ini kerana masa yang ada adalah terhad. Selepas bertenang buatlah penilaian apa tindakan yang perlu diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan diambil dan disiplinkan diri mengikut perancangan yang dibuat. 
Masa rehat perlu secukupnya
  • Semasa belajar diri berasa cepat letih sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Oleh itu, ambil masa untuk merehatkan otak sepenuhnya. Digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah menyambung semula pembelajaran tadi.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
  • Dalam keadaan yang genting ini, kita hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja mustahil kita dapat mengulangkaji sepenuhnya. Elakkan daripada memberi tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari perkara yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan yang dapat membantu menumpukan pada bahagian yang patut dipelajari terlabih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekurang-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang dipilih.
Yakin terhadap kebolehan diri
  • Selalu sematkan dalam diri bahawa ''saya boleh'' dan tulis besar-besar dan terang serta letakkan di hadapan tempat belajar. Setiap kali melihatnya, diri kita akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk berjaya. Maka secara tak langsung diri akan berusaha bersungguh-sungguh sedaya upaya untuk mencapai kejayaan dan mental juga dapat berfikir ke arah kejayaan serta cita-cita yang diimpikan selama ini agar ianya membuahkan hasil yang membanggakan.
Itulah antara tips yang Eiyra dapat kongsikan.
Semoga kita semua beroleh kejayaan yang diimpikan seterusnya dapat membanggakan kedua ibu bapa kita.
Semoga bermanfaat kepada diri masing-masing.
Berusaha itu pasti.
Wassalam ...

No comments:

Post a Comment