Monday, October 7, 2013

Keajaiban Tomato

assalamualaikum ...

LUPAKAN sejenak produk kecantikan yang anda gunakan dan sekarang Eiyra nak ajak kawan-kawan kembali kepada cara menjaga kecantikan menggunakan kaedah klasik. Sesekali tidak salah kita bereksperimendengan bahan-bahan semulajadi untuk tujuan kecantikan diri sendiri. Pada kali ini, Eiyra akan kenalkan kepada kawan-kawan mengenai beberapa keajaiban buah tomato yang masam itu untuk digunakan dalam rejim kecantikan harian. Di bawah ini Eiyra akan kongsikan keajaiban berserta cara penggunaan buah tomato untuk keberkesanan bersama dalam menjaga kecantikan.
  • Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah.Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan ia selama 15 minit.

    Kemudian, bilas menggunakan air suam.
  • Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.
  • Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik gelap yang tidak dikehendaki itu.
  • Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semulajadi yang memberikan kilauan batural pada rambut.
  • Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.
  • Sapukan jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.
Wah seronoknya cara klasik ni. Terpelihara kulit wajah daripada bahan-bahan kimia. Jadi, fikirkanlah cara penjagaan kulit wajah kawan-kawan yang cantik mulus itu.
Wassalam ...


No comments:

Post a Comment