Wednesday, October 9, 2013

Rahsia Tapak Tangan

assalamualaikum ...

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan masing-masing dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti gambar di atas. Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Bagi sesiapa yang minat bab tilik menilik ni bolehlah menilik sekarang..hehehe

  1. Garis Kehidupan : Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.
  2. Garis Kecergasan : Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan berupaya untuk belajar dengan lebih gigih. Setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.
  3. Garis Hati/Cinta : Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan. Sekiranya mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa seseorang itu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta sahaja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukan seseorang itu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara yang mempunyai garis putus-putus ini 'curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang dalam masa yang sama.
  4. Garis Kejayaan : Cuba perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempunyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan seseorang itu bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa jua yang diceburi nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan itu.
  5. Garisan Matahari (sun line) : Bukan semua orang mempunyai garis ini yang kelihatan begitu jelas dan nyata. Sekiranya seseorang itu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan seseorang itu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa seseorang itu mudah mendapat kejayaan.
  6. Garisan Kesihatan : Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang jelas kelihatan, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik dan begitu juga sebaliknya. 
  7. Garisan Perkahwinan : Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, ia diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya.
  8. Garisan Bilangan Anak : Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang diinginkan? Tidakkah perlu mengetahuinya? Apa yang perlu dilakukan ialah mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang dimiliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak nanti. Misalnya mendapati terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak nanti ialah empat orang.
  9. Garisan Perjalanan : Adakah seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya seseorang itu mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan nombor 9. Tidak hairanlah sekiranya suka hidup berpindah-randah dam mudah bosan dengan sesuatu tempat.
  10.  Garisan Kewangan : Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang dilakukan itu.
  11. Garisan Pergelangan Tangan : Cuba perhatikan pada pergelangan tangan di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat seseorang. Kira sahaja berapa gelang yang ada dan ramalkan jumlah hayat sendiri. TETAPI AWAS! Jangan terlalu percaya sangat kerana ajal dan maut di tangan Tuhan.
Bila jari dirapatkan?
Apa yang dapat dilihat apabila kesemua jari dirapatkan antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian cuba perhatikan di anrata jari kelengkeng dan jari manis sewaktu dirapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari itu dengan mata dan tengok sama ada boleh melihat sebarang ruang diantaranya. Sekiranya dapat melihat cahaya antara keduanya itu bermaksud ia tidak rapat dan renggang. Ini bererti kamu adalah seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun ini bukan bererti seorang yang kedekut. Sebaliknya, sekiranya tiada ruang di antara kedua jari itu bila dirapatkan, ini bermakna seseorang itu kedekut dan pentingkan diri sendiri. Betul ke? hehehe .... kalau makan cili terasa pedasnya. Jangan marah.

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita. Walau bagaimanapun ini cuma ramalan sahaja dan jangan terlalu fanatik sangat untuk mempercayainya. Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan masing-masing dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas. Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi janganlah panik kerana bukan semua garisan yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan masing-masing dan yang pastinya bentuknya juga berbeza-beza. Malah, ada juga yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya.
Wassalam ...




1 comment:

  1. Kdg ilmu ni bagus utk mgetahui sifat smulajd kita,,,lbih bole d hrpkn drp rahsia tarikh lahir

    ReplyDelete