Friday, November 29, 2013

10 Air Terjun Paling Tinggi di Dunia

Assalamualaikum ...
Hari ini Eiyra akan cuci mata kita semua dengan melihat keindahan alam semulajadi yang sangat indah dan mendamaikan pandangan mata. Air terjun yang dipenuhi dengan pemandangan yang sangat menakjubkan.
Air terjun merupakan antara bentuk fizikal di kawasan profil sungai. Ianya dikategorikan sebagai kawasan 'muda', berlakunya hakisan yang kuat serta aliran air yang deras.Air terjun merupakan antara aset penting bagi industri pelancongan domestik dan antarabangsa. Jom kita kenali 10 air terjun paling tinggi di dunia, malah ada di nataranya menjana ekonomi berasakan pelancongan bagi negara berkenaan.
  • No 10 Air Terjun Niagara (USA-Kanada) - 55 meter
Salah satu air terjun yang terkenal di seluruh dunia dan menjadi salah satu daya tarikan pelancongan di Kanada dan USA. Ini merupakan ikon pelancongan serta ilham rakyat USA dan Kanada di sana. Air terjun berasal dari Sungai Niagara.
  • No 9 Air Terjun Victoria (Zambia- Zimbabwe )- 108 meter
Sungai Zambezi terletak di selatan benua Afrika. Ini merupakan antara air terjun yang terkenal di dunia.

  • No 8 Air Terjun Fairy (USA) - 213 meter


  •  No 7 Air Terjun Jog ( India ) - 253 meter

Ini merupakan air terjun paling tertinggi di benua India.
  • No 6 Air Terjun Vettisfoss ( Norway ) - 274 meter

  • No 5 Air Terjun Gavarnie (Perancis ) - 422 meter


  •  No 4 Air Terjun Ribbon (USA )- 491 meter


  •  No 3 Air Terjun Sutherland ( New Zealand ) - 580 Meter

  • No 2 Air Terjun Giessbach ( Switzerland ) - 604 meter


  •  No 1 Air Terjun Angel ( Venezuala ) - 979 meter
inilah air terjun paling tinggi di dunia yang terletak di Taman Negara cainama Venezuala yang juga merupakan sebagai salah satu air terjun yang menjadi warisan dinua oleh UNESCO.

Hiasi mata dengan melihat keindahan ciptaan Allah SWT yang sangat indah.
Wassalam ...

Monday, November 25, 2013

Pelalau

Assalamualaikum ...

Macam pelik je dengat perkataan pelalau atau ada yang pertama kali dengar. Untuk pengetahuan semua pelalau ini mungkin wujud ada dalam bentuk sihir. Persoalannya sihir apa pelalau ini? Pelalau adalah jenis sihir pengasih dipanggil attiwalah, ada juga yang menyebut sihir pembenci yang lebih hampir kepada pelalau.

Dalam surah Al-Baqarah ada disebutkan bahawa sihir diusahakan sehingga ia dapat memecahkan hubungan antara suami dengan isteri. Tidak berlaku perpecahan dan penceraian melainkan berlakunya benci-membenci. Jika ini berlaku (sihir pembenci), ia akan menyebabkan orang melihat seseorang itu dan ia tidak mengundang kebaikan kepada hati tetapi mengundang kebencian kepada hati seseorang. Inilah yang dinamakan pelalau. Sama ada akidah seseorang rosak atau tidak sebenarnya ia bergantung kepada pegangan seseorang. Jika seseorang itu berpegang kuat kepada aqidah dengan meyakini bahawa apa sahaja yang berlaku atas takdir dan kehandak Allah SWT Yang Maha Mengkehendaki.

Jika Allah SWT mengkehendaki seseorang itu tidak mendapat jodoh atau hanya jodoh pada usia yang lewat, maka itulah kehendak Allah SWT bukan atas usaha manusia. Jangan meletakkannya sebagai usaha manusia untuk menghalang rezeki seseorang. Walhal, rezeki dan jodoh adalah di tangan Allah SWT bukan manusia yang menentukannya.
Wallahua'lam, wassalam ...

Saturday, November 23, 2013

10 Perkara Tanda-tanda Hati Yang Rosak

Assalamualaikum ...

Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu denganNya pada hari kiamat mengenai apa yang dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah SWT menerusi firmanNya yang bermaksud : ''Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati dan semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.''
(Surah Al-Israa ayat 36)

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Hati boleh bertindak untuk meneruskan atau memberhentikan sesuatu peperangan jika hati melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Nabi Muhammad SAW menganggap hati manusia sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik maka baiklah seluruh anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
''Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.''
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
10 perkara tanda-tanda hati yang rosak :
  1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
  2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
  3. Merasa seronok bergelumang dengan dosa.
  4. Tidak mempedulikan perintah Allah SWT malah suka terbabit pada laranganNya.
  5. Benci kepada orang-orang yang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
  6. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraanya.
  7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat kepada agama.
  8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokkannya.
  9. Takut kepada orang yang gagah tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah SWT.
  10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Semoga hati kita tidak tergolong dalam golongan yang ini. Mudah-mudahan di jauhkan Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga menjadi iktibar dan panduan dalam hidup kita sebagai hamba Allah SWT.


Wassalam ...

Wednesday, November 20, 2013

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama :
merah, hijau, kuning dan biru.



Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu.
Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza.
Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia permotoran, pakaian, permainan dan sebagainya.

[color=tomato]MERAH[/color]

Merah:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat,dominasi, kelakian.

2.Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

[color=royalblue]BIRU[/color]

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.
1.Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
1.Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.

HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

KELABU & HITAM

1.KELABU:
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

[color=sienna]COKLAT[/color] & UNGU

1.COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Saturday, November 16, 2013

10 Masjid Terbesar Di Dunia

Assalamualaikum ...

Masjid merupakan rumah Allah SWT yang sangat mulia. Masjid merupakan rumah ibadat bagi umat Islam. Apa yang Eiyrah nak cerita mengenai masjid ini? Terdapat 10 masjid yang terbesar di dunia dan persoalannya di manakah masjid yang tersergan indah ini? Di sini Eiyra kongsikan. Semoga bermanfaat.

10. Masjid Baitul Mukarram, Dhaka Bangladesh

Masjid Al-Mukkaram Bangladesh:
Masjid ini berada tepat di jantung ibukota Bangladesh Dhakka, masjid yang selalu penuh sesak terutama ketika solat utama dan di bulan suci Ramadhan, masjid ini dibina sekitar tahun 1960-an dengan kapasiti 30 ribu umat, namun dalam perkembangannya ditambahkan menjadi 40 ribu umat  dalam satu masa.


9. Masjid Jami” Delhi India


Masjid Jama" Delhi Lama India:
Masjid yang berada di kota lama India Delhi ini merupakan masjid lama di India, masjid yang dibina di prakarsai oleh pembuat Taj Mahal Kaisar Mughal Shah Jahan dibina pada tahun 1656 Masehi. Puluhan ribu jemaah setiap solat Jumaat bukan sahaja memenuhi seluruh ruang di dalam masjid bahkan di luar masjid. 

8. Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UEA


Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi:
Nama masjid diambil sempena nama Presiden pertama Uni Emirat Arab Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan mula digunakan oleh penduduknya pada tahun 2007. Makam Sheikh Zayed juga terdapat di dalam kawasan masjid terbesar di UEA tersebut. 

7. Masjid Badhshahi Lahore Pakistan


Masjid Badhshahi Lahore:
Juga dikenali dengan nama lain iaitu Masjid Sultan, Masjid ini pernah menjadi masjid terbesar di Asia Selatan dan memiliki kapasiti sehingga 100 ribu atau lehih dan berada betul-betul di tengah kota Lahore Pakistan. 


6. Masjid Faisal, Islamabad Pakistan



Masjid Faisal Islamabad Pakistan:
Masjid Faisal ini saat ini merupakan masjid terbesar di Asia Selatan dan sebelum Masjidil Haram di Mekah di ubahsuai, masjid ini pernah menyandang pgelaran sebagai masjid terbesar di dunia daripada 1986-1993. Masjid yang menjadi masjid kebangsaan Pakistan ini memiliki kapasiti 300 ribuan jemaah.


5. Masjid Hasan II Maroko



Masjid Hasan 2 Morokko:
Masjid yang berada di Casablanca ini direka oleh arkitek dari Perancis, Michel Pinseau dengan memiliki menara masjid tertinggi di dunia lebih daripada 200 meter, di mana menara tersebut menghadap terus ke Samudera Atlantik 
4. Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia


Masjid Istiqlal Jakarta, Indonesia:
Masjid yang dibangun di era lama di saat pemerintahan Presiden Soekarnao ini sehingga kini masih lagi digelar sebagai Masjid Terbesar di Asia Tenggara, walau kebanyakan masjid-masjid baru mula muncul dan megah namun secara keseluruhan belum lagi boleh menandingi kebesaran Masjid Istiqlal ini. Istiqlal yang bererti kemerdekaan merupakan anugerah atas kemerdekaan yang diraih Indonesia melepaskan diri dari belenggu penjajahan.

3. Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran



Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran:
Imam Reza Shrine di Masyhad, Iran adalah sebuah kompleks yang mengandungi makam Imam Ridha, Imam kelapan Syi’ah Imamiyah dan dikenal sebagai masjid terbesar ketiga di dunia. Juga terdapat dalam kompleks Masjid merangkumi Masjid Goharshad, museum, perpustakaan, empat seminari, kubur, Universiti Islam Razavi Ilmu, sebuah ruang makan untuk pelawat, dan lain-lain bangunan.
2. Masjid Al-Nabawi Madinah


Pandangan sekitar Masjid Nabawi, Madinah


Masjid Al-Nabawi Madinah Al Munawarah:
Setiap umat Islam di dunia pasti mengenali masjid ini kerana Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid utama bagi orang muslim selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Merupakan tempat peristirehatan terakhir dari Nabi Muhammad SAW. Setiap umat Islam yang menjalankan ibadah haji juga dipastikan akan mengunjungi masjid terbesar ke-2 di Arab Saudi malahan di dunia juga.

1. Masjidil Haram di Mekah



Masjidil Haram di Mekah:

 Masjid Haram di Mekah ini merupakan masjid terbesar di seluruh dunia dimana di tengahnya terdapat bangunan Kaabah yang menjadi arah kiblat solat seluruh umat Islam di dunia. Memiliki luas 4.008.020 meter persegi (990,40 hektar) dan mampu menampung lebih daripada 4 juta jemaah samada di dalam ruang masjid ataupun diluar. Masjid yang tidak pernah sepi dan setiap saat selama 24 jam sentiasa ada umat Islam yang beribadah, baik mengerjakan solat mahupun melakukan tawaf (berjalan mengelilingi Kaabah). Masjidil Haram adalah masjid yang paling ramai dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia terutamanya di musim ibadah haji setiap tahun.

Wednesday, November 13, 2013

Jangan Sombong


Assalamualaikum ...

'' Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang sombong dam membangga-banggakan diri''
(Surah An-Nissa', sebahagian ayat 36)

Nabi Muhammad SAW bersabda :
''Tidak akan masuk syurga, sesiapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.''
(HR Muslim)


Antara sifat-sifat orang yang sombong :
  1. Susah menerima pendapat atau pandangan orang lain
  2. Mudah marah dan beremosi
  3. Memilih-milih kawan
  4. Memandang hina golongan bawahan
  5. Tidak senang dengan kejayaan orang lain
  6. Tidak menghargai pemberian orang lain
  7. Memperkata keburukan orang
  8. Mudah berdendam
  9. Susah meminta maaf dan memberi kemaafan
  10. Kurang bermesra dengan orang lain
Orang yang sombong adalah orang yang rugi. Jauhilah sifat kemurkaan Allah SWT ini. Muhasabah diri dengan sebaiknya. Semoga bermanfaat.
Wassalam ...



Friday, November 8, 2013

7 Kebaikan Menangis Yang Tidak Diketahui

Assalamualaikum ...

Menangis? Air mata? 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan dari diri manusia. Allah menganugerahkan nikmat ini ada sebab dan hikmahnya. 


Berikut adalah 7 manfaat menagis untuk kesihatan kita :

  • Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata d apat mencegah dehidrasi pada membran mata ynag boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

  • Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup hanya air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin, dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria hanya dalam 5 minit.

  • Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasikan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

  • Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William frey melakukan beberapakajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

  • Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh dikenali sebagai endorphin leucine enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan aras stress, air mata juga membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
  • Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi  serta bersosialisasi seseorang.

  • Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasakan keadann sedemikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis biasanya akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis pasti lepas itu kita akan merasa sangat lega. 

Wassalam ...

Wednesday, November 6, 2013

Binaan Menarik Dari Bekas Telur

Assalamualaikum ...

Kalau di Malaysia, kebiasaannya bekas telur kita buang sahaja.Namun begitu mari kita lihat bagaimana kreativiti dan inovatifnya manusia mengubah benda yang sudah dianggap sampah menjadi bahan binaan yang bernilai tinggi dan mempersonakan. 

Beberapa binaan yang diperbuat dari bekas telur :


1. Seni Lukisan Berasaskan Bekas Telur

Pelukis dari Belanda Enno de Kroon, menterjemahkan kreativitinya kepada bekas telur, ianya memang unik dan menarik, bukan senang nak melukis di atas permukaan bekas telur,namun ianya berjaya menjadi lukisan yang menarik dan unik.Lukisannya dinamakan eggcubism atau seni lukisan kitar semula bekas telur.







2. Rumah Berasaskan Bekas telur

Terletak di Australia,bahan binaaan yang nampak seperti Lego, tetapi sangat sesuai dinamakan eggo sahaja. Berasaskan dari sebuah lukisan oleh Howard Arkley's yang dinamakan Family Home: Suburban Exterior 1993 studio Goldenhen membina rumah yang bersaiz sebenar sepenuhnya dari bekas telur. Dengan bekas telur yang diwarnakan, ianya menjadi binaan rumah impian seperti yang diinginkan oleh pelukis itu, sangat cantik dan boleh dipanggil rumah Eggo yang sudah pastinya mesra alam, tapi jangan cuba memasak di dalamnya takut anda hangus.



3. Lampu Bekas Telur

Dihasilkan dari kretiviti Federico Otero yang berasal dari Peru, lampu ini juga sesuai sebagai lampu hiasan di mana sahaja. Nampak macam tanglung, tetapi ianya lebih unik dan menarik. 








4. Meja Bekas Telur

Apa yang menariknya meja ini diletakkan tanah serta ditanam pokok hiasan,bila air disiram, tanah dan bekas telur akan basah, akhirnya bekas telur ini akan reput sedikit demi sedikit,macam nie pun ada juga ye. 
5. Penyokong kaki dari Bekas Telur

Ini merupakan bahan perabot atau tempat menyokong kaki yang dibuat sepenuhnya dari bekas telur yang diwarnakan.Jangan main-main ye kerana ianya dijual ratusan usd.


7. Kostum atau pakaian angkasa 'Space Invader'

Hasil kreativiti yang unik, boleh dijadikan idea buat pementasan drama atau teater, diperbuat dari bekas telur serta cawan.

8. Kamera Mainan


5. Lampu Tidur Berbunga dari Bekas Telur

Satu lagi idea kreatif yang menjadikan bekas telur sebagai kelopak bunga, ianya memang cantik sebagai lampu hiasan atau lampu tidur. 






9.Sofa Bekas Telur


Emm yang ini kalau anda duduk, sila bayar sebab sudah pasti akan renyuk, kecuali kalau lapisan antara bekas telur itu diletakkan bahan binaan yang kuat sedikit.

Selepas ini jangan di buang bekas telur ye. Cubalah untuk menjadi kreatif dari bahan yang di anggap sampah. Selamat mencuba.
Wassalam ...

Friday, November 1, 2013

Malas Penyakit Mental


Assalamualaikum ...

Malas adalah penyakit mental, betul ke? Rasa malas diertikan sebagai keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu yang seharusnya atau sebaiknya dilakukan. 
Sifat orang yang malas ialah :
  • tidak giat bekerja
  • tidak bersungguh-sungguh melakukan suatu kegiatan
  • tidak mahu berusaha atau tidak mahu berusaha sama sekali
  • tidak bertanggungjawab
  • tidak mengoptimalkan potensi yang telah Tuhan taruhkan di dalam dirinya
  • gagal mencari target yang Tuhan kehendaki dalam hidupnya
Dalam kekekalan nanti orang-orang yang malas tersebut akan mengalami kerugian yang tidak ternilai. Dalam dunia ini orang-orang yang malas tersebut hanya akan menjadi beban kepada orang lain. Hidupnya tidak akan dapat menjadi berkat. Ingatlah bahawa keberadaan kita pada hari ini ditentukan dari apa yang sudah kita lakukan di hari-hari kelmarin dan keadaan kita nanti akan ditentukan berdasarkan apa yang sudah kita lakukan di hari-hari sekarang. 


Kaedah mengatasi penyakit malas :
  • paradigma malas dalam diri harus dipersepikan sebagai suatu yang kreatif, sikap ingin tahu dan kemajuan diri.
  • ''bersahabat dengan wangi akan wangi, bersahabat dengan bau akan baunya pun terbawa'' merefleksikan diri bahawa orang yang terdekat dengan kita berpengaruh besar terhadap perilaku kita dalam seharian.
  • muhasabah diri dengan katakan ''dulu aku malas, sekarang dan selanjutnya tidak lagi.''
  • konsisten katakan pada diri ''aku tidak lagi malas'.'
  • ''dia boleh lakukan, kenapa tidak aku.''
  • mulakan dengan aktiviti luar seperti berjalan kaki 30 minit pagi dan petang supaya dapat menghirup udara yang segar dan mood yang baik akan menguasai diri.
  • ''bercuti'' dapat mengelakkan rasa bosan yang salah satu faktor menjadi malas.
  • ''exercise'' pergi gym kerana mungkin berat badan berlebihan atau obesiti.
  • faktor kesihatan seperti darahrendah tau kurang darah juga akan melemahkan badan penyebab kemalasan.

Penyakit malas ini amat sukar untuk disingkirkan dari diri manusia. Tanpa usaha kita tidak mampu mengubahnya. Oleh itu, berusahalah menjadi seorang yang rajin. Tidak ada perkara yang mustahil di dunia ini. Usaha itu pasti.
Wassalam ...