Kalau di Malaysia, kebiasaannya bekas telur kita buang sahaja.Namun begitu mari kita lihat bagaimana kreativiti dan inovatifnya manusia mengubah benda yang sudah dianggap sampah menjadi bahan binaan yang bernilai tinggi dan mempersonakan.
Beberapa binaan yang diperbuat dari bekas telur :
1. Seni Lukisan Berasaskan Bekas Telur
2. Rumah
Berasaskan Bekas telur
Terletak di Australia,bahan binaaan yang nampak seperti Lego,
tetapi sangat sesuai dinamakan eggo sahaja. Berasaskan dari sebuah lukisan oleh
Howard Arkley's yang dinamakan Family Home: Suburban Exterior 1993 studio
Goldenhen membina rumah yang bersaiz sebenar sepenuhnya dari bekas telur.
Dengan bekas telur yang diwarnakan, ianya menjadi binaan rumah impian seperti
yang diinginkan oleh pelukis itu, sangat cantik dan boleh dipanggil rumah Eggo
yang sudah pastinya mesra alam, tapi jangan cuba memasak di dalamnya takut anda
hangus.
3. Lampu Bekas Telur
Dihasilkan dari kretiviti Federico Otero yang berasal dari Peru, lampu ini juga sesuai sebagai lampu hiasan di mana sahaja. Nampak macam tanglung, tetapi ianya lebih unik dan menarik.
4. Meja Bekas Telur
Apa yang menariknya meja ini diletakkan tanah serta
ditanam pokok hiasan,bila air disiram, tanah dan bekas telur akan basah,
akhirnya bekas telur ini akan reput sedikit demi sedikit,macam nie pun ada juga
ye.
5. Penyokong kaki dari Bekas Telur
Ini merupakan bahan perabot atau tempat menyokong kaki yang dibuat sepenuhnya dari bekas telur yang diwarnakan.Jangan main-main ye kerana ianya dijual ratusan usd.
7. Kostum atau pakaian angkasa 'Space Invader'
Hasil kreativiti yang unik, boleh dijadikan idea buat
pementasan drama atau teater, diperbuat dari bekas telur serta cawan.
8. Kamera Mainan
5. Lampu Tidur Berbunga dari Bekas Telur
Satu lagi idea kreatif yang menjadikan bekas telur sebagai kelopak bunga, ianya
memang cantik sebagai lampu hiasan atau lampu tidur.
9.Sofa Bekas Telur
Emm yang ini
kalau anda duduk, sila bayar sebab sudah pasti akan renyuk, kecuali kalau
lapisan antara bekas telur itu diletakkan bahan binaan yang kuat sedikit.
Selepas ini jangan di buang bekas telur ye. Cubalah untuk menjadi kreatif dari bahan yang di anggap sampah. Selamat mencuba.
Wassalam ...
No comments:
Post a Comment