Friday, November 1, 2013

Malas Penyakit Mental


Assalamualaikum ...

Malas adalah penyakit mental, betul ke? Rasa malas diertikan sebagai keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu yang seharusnya atau sebaiknya dilakukan. 
Sifat orang yang malas ialah :
  • tidak giat bekerja
  • tidak bersungguh-sungguh melakukan suatu kegiatan
  • tidak mahu berusaha atau tidak mahu berusaha sama sekali
  • tidak bertanggungjawab
  • tidak mengoptimalkan potensi yang telah Tuhan taruhkan di dalam dirinya
  • gagal mencari target yang Tuhan kehendaki dalam hidupnya
Dalam kekekalan nanti orang-orang yang malas tersebut akan mengalami kerugian yang tidak ternilai. Dalam dunia ini orang-orang yang malas tersebut hanya akan menjadi beban kepada orang lain. Hidupnya tidak akan dapat menjadi berkat. Ingatlah bahawa keberadaan kita pada hari ini ditentukan dari apa yang sudah kita lakukan di hari-hari kelmarin dan keadaan kita nanti akan ditentukan berdasarkan apa yang sudah kita lakukan di hari-hari sekarang. 


Kaedah mengatasi penyakit malas :
  • paradigma malas dalam diri harus dipersepikan sebagai suatu yang kreatif, sikap ingin tahu dan kemajuan diri.
  • ''bersahabat dengan wangi akan wangi, bersahabat dengan bau akan baunya pun terbawa'' merefleksikan diri bahawa orang yang terdekat dengan kita berpengaruh besar terhadap perilaku kita dalam seharian.
  • muhasabah diri dengan katakan ''dulu aku malas, sekarang dan selanjutnya tidak lagi.''
  • konsisten katakan pada diri ''aku tidak lagi malas'.'
  • ''dia boleh lakukan, kenapa tidak aku.''
  • mulakan dengan aktiviti luar seperti berjalan kaki 30 minit pagi dan petang supaya dapat menghirup udara yang segar dan mood yang baik akan menguasai diri.
  • ''bercuti'' dapat mengelakkan rasa bosan yang salah satu faktor menjadi malas.
  • ''exercise'' pergi gym kerana mungkin berat badan berlebihan atau obesiti.
  • faktor kesihatan seperti darahrendah tau kurang darah juga akan melemahkan badan penyebab kemalasan.

Penyakit malas ini amat sukar untuk disingkirkan dari diri manusia. Tanpa usaha kita tidak mampu mengubahnya. Oleh itu, berusahalah menjadi seorang yang rajin. Tidak ada perkara yang mustahil di dunia ini. Usaha itu pasti.
Wassalam ...




No comments:

Post a Comment