Masjid merupakan rumah Allah SWT yang sangat mulia. Masjid merupakan rumah ibadat bagi umat Islam. Apa yang Eiyrah nak cerita mengenai masjid ini? Terdapat 10 masjid yang terbesar di dunia dan persoalannya di manakah masjid yang tersergan indah ini? Di sini Eiyra kongsikan. Semoga bermanfaat.
10.
Masjid Baitul Mukarram, Dhaka Bangladesh
Masjid
Al-Mukkaram Bangladesh:
Masjid
ini berada tepat di jantung ibukota Bangladesh Dhakka, masjid yang selalu penuh
sesak terutama ketika solat utama dan di bulan suci Ramadhan, masjid ini dibina
sekitar tahun 1960-an dengan kapasiti 30 ribu umat, namun dalam perkembangannya
ditambahkan menjadi 40 ribu umat dalam satu masa.
9. Masjid Jami”
Delhi India
Masjid
Jama" Delhi Lama India:
Masjid
yang berada di kota lama India Delhi ini merupakan masjid lama di India, masjid
yang dibina di prakarsai oleh pembuat Taj Mahal Kaisar Mughal Shah Jahan dibina
pada tahun 1656 Masehi. Puluhan ribu jemaah setiap solat Jumaat bukan sahaja
memenuhi seluruh ruang di dalam masjid bahkan di luar masjid.
8.
Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UEA
Masjid
Sheikh Zayed Abu Dhabi:
Nama
masjid diambil sempena nama Presiden pertama Uni Emirat Arab Sheikh Zayed bin
Sultan Al Nahyan dan mula digunakan oleh penduduknya pada tahun 2007. Makam
Sheikh Zayed juga terdapat di dalam kawasan masjid terbesar di UEA
tersebut.
7.
Masjid Badhshahi Lahore Pakistan
Masjid
Badhshahi Lahore:
Juga
dikenali dengan nama lain iaitu Masjid Sultan, Masjid ini pernah menjadi masjid
terbesar di Asia Selatan dan memiliki kapasiti sehingga 100 ribu atau lehih dan
berada betul-betul di tengah kota Lahore Pakistan.
6.
Masjid Faisal, Islamabad Pakistan
Masjid
Faisal Islamabad Pakistan:
Masjid
Faisal ini saat ini merupakan masjid terbesar di Asia Selatan dan sebelum
Masjidil Haram di Mekah di ubahsuai, masjid ini pernah menyandang pgelaran
sebagai masjid terbesar di dunia daripada 1986-1993. Masjid yang menjadi masjid
kebangsaan Pakistan ini memiliki kapasiti 300 ribuan jemaah.
5.
Masjid Hasan II Maroko
Masjid
Hasan 2 Morokko:
Masjid yang berada di Casablanca ini direka oleh arkitek dari Perancis, Michel Pinseau dengan memiliki menara masjid tertinggi di dunia lebih daripada 200 meter, di mana menara tersebut menghadap terus ke Samudera Atlantik

4.
Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia
Masjid
Istiqlal Jakarta, Indonesia:
Masjid
yang dibangun di era lama di saat pemerintahan Presiden Soekarnao ini sehingga
kini masih lagi digelar sebagai Masjid Terbesar di Asia Tenggara, walau
kebanyakan masjid-masjid baru mula muncul dan megah namun secara keseluruhan
belum lagi boleh menandingi kebesaran Masjid Istiqlal ini. Istiqlal yang
bererti kemerdekaan merupakan anugerah atas kemerdekaan yang diraih Indonesia
melepaskan diri dari belenggu penjajahan.
3.
Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran
Masjid
Imam Reza Shrine di Masyhad Iran:
Imam Reza Shrine di Masyhad, Iran adalah sebuah kompleks yang mengandungi makam Imam Ridha, Imam kelapan Syi’ah Imamiyah dan dikenal sebagai masjid terbesar ketiga di dunia. Juga terdapat dalam kompleks Masjid merangkumi Masjid Goharshad, museum, perpustakaan, empat seminari, kubur, Universiti Islam Razavi Ilmu, sebuah ruang makan untuk pelawat, dan lain-lain bangunan.

2.
Masjid Al-Nabawi Madinah
Pandangan sekitar
Masjid Nabawi, Madinah
Masjid
Al-Nabawi Madinah Al Munawarah:
Setiap umat Islam di dunia pasti mengenali masjid ini kerana Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid utama bagi orang muslim selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Merupakan tempat peristirehatan terakhir dari Nabi Muhammad SAW. Setiap umat Islam yang menjalankan ibadah haji juga dipastikan akan mengunjungi masjid terbesar ke-2 di Arab Saudi malahan di dunia juga.

1.
Masjidil Haram di Mekah
Masjidil Haram di Mekah:
Masjid Haram di Mekah ini
merupakan masjid terbesar di seluruh dunia dimana di tengahnya terdapat
bangunan Kaabah yang menjadi arah kiblat solat seluruh umat Islam di dunia.
Memiliki luas 4.008.020 meter persegi (990,40 hektar) dan mampu menampung lebih
daripada 4 juta jemaah samada di dalam ruang masjid ataupun diluar. Masjid yang
tidak pernah sepi dan setiap saat selama 24 jam sentiasa ada umat Islam yang
beribadah, baik mengerjakan solat mahupun melakukan tawaf (berjalan
mengelilingi Kaabah). Masjidil Haram adalah masjid yang paling ramai dikunjungi
umat Islam dari seluruh dunia terutamanya di musim ibadah haji setiap tahun.
No comments:
Post a Comment