Monday, November 25, 2013

Pelalau

Assalamualaikum ...

Macam pelik je dengat perkataan pelalau atau ada yang pertama kali dengar. Untuk pengetahuan semua pelalau ini mungkin wujud ada dalam bentuk sihir. Persoalannya sihir apa pelalau ini? Pelalau adalah jenis sihir pengasih dipanggil attiwalah, ada juga yang menyebut sihir pembenci yang lebih hampir kepada pelalau.

Dalam surah Al-Baqarah ada disebutkan bahawa sihir diusahakan sehingga ia dapat memecahkan hubungan antara suami dengan isteri. Tidak berlaku perpecahan dan penceraian melainkan berlakunya benci-membenci. Jika ini berlaku (sihir pembenci), ia akan menyebabkan orang melihat seseorang itu dan ia tidak mengundang kebaikan kepada hati tetapi mengundang kebencian kepada hati seseorang. Inilah yang dinamakan pelalau. Sama ada akidah seseorang rosak atau tidak sebenarnya ia bergantung kepada pegangan seseorang. Jika seseorang itu berpegang kuat kepada aqidah dengan meyakini bahawa apa sahaja yang berlaku atas takdir dan kehandak Allah SWT Yang Maha Mengkehendaki.

Jika Allah SWT mengkehendaki seseorang itu tidak mendapat jodoh atau hanya jodoh pada usia yang lewat, maka itulah kehendak Allah SWT bukan atas usaha manusia. Jangan meletakkannya sebagai usaha manusia untuk menghalang rezeki seseorang. Walhal, rezeki dan jodoh adalah di tangan Allah SWT bukan manusia yang menentukannya.
Wallahua'lam, wassalam ...

No comments:

Post a Comment