Assalamualaikum ...
Menangis? Air mata? 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan dari diri manusia. Allah menganugerahkan nikmat ini ada sebab dan hikmahnya.
Berikut adalah 7 manfaat menagis untuk kesihatan kita :
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata d apat mencegah dehidrasi pada membran mata ynag boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
Tak perlu ubat titik mata, cukup hanya air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin, dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria hanya dalam 5 minit.
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasikan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.
Seorang ahli biokimia, William frey melakukan beberapakajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh dikenali sebagai endorphin leucine enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan aras stress, air mata juga membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi serta bersosialisasi seseorang.
Semua orang rasanya merasakan keadann sedemikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis biasanya akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis pasti lepas itu kita akan merasa sangat lega.
Wassalam ...
No comments:
Post a Comment